Tuesday, October 9, 2012

Perjuangan Masih Belum Selesai

Assalamualaiku...
Sudah lama aku tidak membicarakan tentang kami, Kami yang dahulu hanya seorang insan yang tak pernah mengenali antara satu sama lain, kini kami berakhir dengan sebuah kehidupan yang sempurna bagi kami, kadang-kadang tersentuh hati berkecai jantung bila kami tidak memahami diri kami, kalau dulu semua yang dibuat oleh kami semuanya tidak betul dan semuanya dipandang serong tetapi kini kami rasa dihormati, Barukah mereka sedar kehadiran kami? Kami tidak pernah melupakan asal usul kami, kami hanya insan kerdil ciptaanNya  dan kami tidak pernah mengharapkan sesuatu untu kami, Kami berasa bertuah dengan kehidupan kami ini, mungkin masa tidak terlampau banyak buat kami untuk bersama, bermesra, Kami tidak pernah mengesali cuma sedikit terkilan dihati kami bila kami diherdik ! dituduh ! malah kadang-kadang dicaci..

wassalam..
bersambung...

Sunday, April 1, 2012

Gambar semalam



Aku xsempat nak jelaskan pasal Gambar dalam entry yang bertajuk Malam ini..Sebenarnya Gambar tu tempat aku jatuh tempohari..Aku sedarkan diri Dan terpaksa ditahan di wad Kerana aku mengalami gegaran yang agak teruk..sampai aku lupa siapa diri aku..tapi alhamdullilah Hanya beberapa jam sahaja..

Lupakan pasal entry yang dah lepas tu..Sebenarnya aku nak ceritakan pasal entry ini..pasal Gambar Kat atas tu..Semua lelaki inginkan kebahagian dalam rumah tangga termasuk aku sendiri..Aku amat bertuah aku mempunyai isteri yang baik..Aku selalu rasa menyesal kadang2 tiada masa untuk bersama...Adakah aku terlampau pentingkan kerja Dari keluarga?

P/s:Ayat tergantung aku Sambung malam esok sebab dah Malas nak menaip...

Wassalam...

Saturday, March 31, 2012

Malam ini

Insyaallah mulai malam ini aku Akan update semula blog aku nih.Hope Akan Jadi kenyataan..Sekarang tua sikit rasa Malas nak mengupdate huhuhu..lau Dulu rajin aje..Sekarang rasa Malas yang semakin menjadi-jadi..untuk malam ni..aku rasa setakat ini sahaja..

Wassalam...

Sunday, December 18, 2011

Alie Mikhaiel

Alie Mikhaiel
Salam lama sangat aku x update blog ni..hurmm..banyak kerja sangat sekarang..kehulu-kehilir x kira masa..Aku pun xtau apa aku nak tulis cuma aku rasa bahagia sangat sekarang dengan hidup aku..walau banyak dugaan yang aku hadapi tapi semuanya alhamdullilah aku hadapi dengan tenang.

Sebenarnya insyaallah aku akan sambung update blog aku ni..mulai hari ini..harap kalian semua sudi-sudilah mengjenguk blog aku ni..

Akhir kata dari aku..yang baik itu kamu yang buruk itu aku..

Wassallam..

Monday, July 4, 2011

A little bos part-17

Lu Ingat Wa Main-main ka??
Wa takde main-main apa wa janji wa kotakan, Lu buat sale kat Wa 8 company complate wa kasik sama lu VAVI eh salah wa cakap VIVA, lu nak tau wa tipu lu atau tak lu buat la, Itulah janji yang dibuat oleh Iman dan Hakimah kepada anak-anak Wak Hussin yang mencapai target mereka bulan ini, Mereka diberikan 8 target Company untuk siap sepenuhnya dan pilihan kedua 15 booking walaupun iklan yang ditempah pelanggan mereka tidak siap sepenuhnya, untuk mendapatkan VIVA daripada pihak pengurusan Wak Hussin.

Alhamdullilah dah banyak sangat perubahan berlaku kearah kebaikan, Wak Hussin mengucapkan jutaan rupiah terima kasih kepada semua staff yang telah banyak menaikan nama Wak Hussin Coperation sebagai syarikat pengiklan LCD terkemuka dinegeri Kelantan.

Gua ucap terima kasih kepada lu semua.
Bersambung...