Friday, May 7, 2010

Assalamualaikum w.r.b

Assalamualaikum w.r.b

Sebelum aku meneruskan kata-kata aku ni marilah sama-sama kite sedekahkan al-fatihah bagi semua kaum kerabat kita yang telah pergi meninggalkan kite semoga roh mereka ditempatkan didalam golongan org beriman..

Bercakap sal kematian amat takut sekali..kalau difikirkan semua kite yang hidup akan menemui ajalnya nanti..tiada siapa yang tahu..entah esok atau lusa..bila-bila masa telah ditentukan ilahi..Aku bukan lah nak cakap pasal agama sebab mungkin aku lebih terok dari ko orang cuma akau nak bercerita serba sedikit tentang cuti hari pekerja tempohari..almaklumla aku tak sempat nak bercerita panjang banyak sangat benda kena fikir terutama pasal org tersayang...ecehceh..cakap sal org tersayang ni plak..baru-baru ni 30hb April 2010 bersamaan birthday org kesayangan aku aku telah mengikuti satu program keluarga belah bini aku..haih panjang tol mukadimah upenye ni la cerita dia..

Aku rasa bangga sanggat berada dalam keluarga Hj Shamssuddin ni..yelah keluarga aku mana penah buat hari keluarga..kau orang tengok la persiapan memang luar dari jangkaan aku tengok siap sepanduk lagi..

Sepanduk ni kalau tak silap aku disponser oleh sedara binim aku..terima kasih kepada dklasik..eheh aku plak yang lebih-lebih cerita sal hari keluarga ni..yelah aku tahu aku kena cerita sebab aku nengok binim aku sibuk aje dengan final exam dia..adik ipar aku?nama aje ada blog ni tapi cerita sal benda lain adelah..eheh membebel la plak bile nak habis pasal ninikan..jomjom aku sambung..tengok la tu siap sepanduk(ayat ulang takpe korang baca ajelah)..
Bukan aku nak cerita pasal sepanduk dan model spanduk ni tapi pasal kesedaran dalam hubungan keluarga..pada belah malam aku teruja sangat ngan aktiviti tayangan slide show..walaupun aku baru dalam keluarga ni tapi aku amat terharu semua nanges sampai ada yang tersedu..yelah gambar-gambar arwah nenek moyang dipersembahkan dengan berlatar belakangkan lagu sudirman tu alahai lupa la plak..haah lagu ayah dan ibu..nangis bhai..aku mase tu pegang aje tangan binim aku sambil nangis..tapi masa tu takde gambar sebab mira punya pasal die tak bawak charge kamera masa tu dah takda bateri..dah la hari tu hari ibu kan?

Pada sebelah petang sebelumnya tu kami dihidangkan cheh boleh ke guna ayat tu dihidangkan dengan pelbagai permainan..korang nak tengok..asa sengal pon ada tapi almaklumlah kena sporting la sebab kita orang semua family
Ni acara paling best sekali..perlawanan bola sepak..mereka-mereka ini tidak dibenarkan memakai baju..hanya memakai kain pelikat sahaja..Sampai ada yang tercabut kain pun ada nasib baik kai short kat dalam..oh yang mana?yang pegang kamera tu ety nama die sepupu binim aku..di dilantik sebagai wartawan bebas bhagian sukan untuk amik gambor..
Ni team bola mira yang takkai baju..tapi masa ni diorang pakai baju lagi..memang tak pakai baju masa lawan bolatu tapi aku tak upload sebab xnak mengaibkan sesama keluarga kan..hahaha,,team ni di ketua oleh mira..dieorang berlatih 3hari sebelum family day..tapi masa perlawanan tiada keputusan sebab tak tahu siapa yang menag dan sipa yang kalah..pertandingan akan dibuat semula tahun depan..
Ni adik lelaki kesayangan keluarga binim aku maklumlah anak lelaki sorangkan..zeri nama die..ni maen pe ntah aku maen jugak rase mual saja main game ni sebab kena hisap straw kat mulut..tengokla la aku kat bawah tu haih..
haha kelakarkan?macam terkial-kial kepala aku masa tu..haaa?atienalova?ada gambar dia pun ada tengah kunyah lagi straw tu tengok tu dah separuh straw dia kunayah..
penat bersukan kami bergambar bersama family..ni aku bersama keluarga belah bini aku..siap posing lagi nim kat bawah nim..
nilah keluarga kami..keluarga hj shamsuddin..hahaha..eheh jap macam mana leh tertinggal sorang lagi..anak bongsu kesayangan keluarga..
ya inilah dia alia namanya..jap ada lagi sebelum pulang kami berkumpul semua keluarga Allahyarham Tok Deraman dan amik gambar sebagai kenangan 
Begitulah sedikit sebanyak tentang hari keluarga atienalova..aku tukang tulis dan aku pun sebahagian dari keluarga ni..dan harapan aku kepada semua pembaca "eratkanlah hubungan silaturahim antara keluarga"kerana perbuatan ini amat besar pahalanya..dan marilah kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah sekali lagi untuk keluarga Allahyarham Tok Deraman Kampung Gayong..Aku gembira sangat tergolong dalam keluarga ni..

p/s:doakan kebahagian kami amin..

wassalam..

1 comment: