Thursday, September 2, 2010

dugaan.Ramadhan

Assalamualaikum w.r.b

Terlebih dahulu aku nak ucapkan sekali lagi Selamat Menunaikan Ibadat puasa sekali lagi kepada pembaca blogku yang dikasihi..Hanya meluahkan perasaan aku di Ramadhan yang mulia ini..semua dugaan Insyaallah akan kuhadapi dengan tenang..Aku bersyukur aku bakal bergelar seorang ayah..Berita ini aku telah warwarkan pada entry yang lepas cuma sedikit sambungan sahaja..Isteri yang aku amat cintai dan ku sayangi alahan pembawakan baby kemungkinan..Aku pun tak tahu perkataan apa yang nak aku gunakan..Cuma yang aku tahu isteriku mengandung dan alahan..Kadang-kadang sampai bau badan aku sendiripun dia tak boleh bau..Haih semua ni berlaku pada perempuan ke?Aku tak kisah kalau ini nak berlaku tapi aku kesiankan isteri aku..Letih dan tak bermaya..Makan aje muntah..makan aje muntah..Apa harus aku buat..??sampai Masuk wad kecemasan sementara tempohari..Tengoklah kesian isteri aku kan??
Kesiankan?Alahai nak nanges aje rasa bila teringat sampai macam ni sekali isteriku kena menanggung huhuhu..tengok tu wayar bersepah kanan kiri tangan..yaAllah ya tuhanku kuatkan isteri..
Aku tak sanggup lagi nengok isteriku macam ni kesian dia..terpaksa sakit macam ni sebab alahan..hurmm tapi kalau difikirkan mungkin perkara biasa..terpaksa redha dengan ujian dan dugaan ni..Buat isteriku Aku Amat menyintaimu..Doakan lepas ni akan pulih kesihatan isteri dan hari-hari yang mendatang adalah biar yang terbaik dari sekarang..Tapi aku ada jugak terbaca pasal tips mengurangkan Alahan ni jom kita sesama baca kat bawah ni:


Tips-tips alahan

- makan benda ringan seperti roti...mudah hadam dan kenyang.

-kalau rasa lapar makan lagi.Jangan sampai lapar balik..sebab asid akan menyebabkan kita muntah.Kalau perut kita kosong kita akan muntah cecair kuning yang pekat dan pahit.Tu mungkin akibat tindakbalas asid dalam perut.(jangan panik)

-Cari minuman yang sesuai untuk kita minum selalu.Cth: ribena,sunkist,goodday orange
Ada orang yang tak boleh minum lansung minuman yang selalu diminum.Macam aku yang tak teransang lansung dengan teh tarik,milo,teh'o.Masa tu kita akan dapati semuanya menjijikkan.

- makan yogurt untuk tindakbalas perut yang baik.kalau tak suka yogurt senang je..bekukan yogurt tu dan makan.Dia akan rasa macam sorbet ice-cream.

- kalau give-up dengan ubat tahan muntah tak payah makan.

- kadang-kadang lepas kita makan something perut kita akan rasa tak sedap dan kita rasa macam makanan tu stuck in the middle.Kita rasa mual nak muntah..seolah-olah makanan tu tak turun ke perut untuk dihadam.Sapu minyak dan berehat.Kalau muntah pun bagus kita akan rasa sangat lega.

- Jangan takut dengan muntah walaupun memang memenatkan asyik muntah je.Tapi kadang-kadang lepas muntah kita lega ya amat.Perut pun selesa.

- Jangan makan asam,mangga muda kalau perut betul-betul kosong.Angin akan tendang balik makanan tu keluar.Alas perut dulu dengan makanan seperti roti.

- Makan spirulina.ni tips yang paling efektif lah.Selain sifatnya yang alkali dan boleh neutralizekan asid perut..anak anda pun dapat khasiatnya. 2 in 1.

- Dan...hero of the day ialah....'Minyak Cap Kapak'.Sentiasa lumur ke perut..hidung dan kepala kalau rasa tak selesa.Cuba berehat dan tidur.

- Elakkan makanan berkuah,bersup sebab akan rasa mual dan bila muntah kita akan rasa trauma.huhu. Cth: tomyam,sup ekor,maggi kari

- Jangan makan jeruk.very asidic. terlalu tajam untuk first 3 months.

- Jangan minum air tebu dan air kelapa. (first 3 months)

- Jangan minum air gas..kalau mengidam buang gas dulu dan minum buat rasa jek bukan sampai kenyang.

Betul ke semua ni??Harap semuanya akan pulih dan baik..kepada pembaca blog ku yang ku hargai..dibulan yang mulia ini marilah sesama kita mendoakan kesihatan isteri dan kesihatan aku jugak..Amin..
Wassalam...

4 comments:

  1. sabar ye abg bi..doakan kesihatan atien and kandungan die... mmg trimester pertama, si ibu akan mengalami morning sickness yg teruk...lbh2 lagi kalu anak sulong...insyaallah utk bln seterusnye sickness akan berkurangan...

    ReplyDelete
  2. hurmm..insyaalah..sesama d0akan..thanks syarini~

    ReplyDelete
  3. salam....
    ciannya atien...
    kirim salam kt dy...
    n take care dy lelok erk!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. wsalam..
    hurmm..nasib la ifa..
    insyaallah~

    ReplyDelete