Saturday, June 11, 2011

A little bos part-9

Dimanakan ku cari ganti
Mereka memang mampu untuk laksanakan tanggungjawab mereka, mereka amat baik bagi Wak Hussin, mereka amat berharga tanpa mereka tidak akan kemana nama Wak Hussin Coporation, nama Wak Hussin Coporation kini disegani pelanggan, Tadi VIP clien jumpa Iman menyatakan prestasi Wak Hakim makin berkembang, dan dah menjadi sebutan di negeri cik siti wan kembang ini, Iman amat bangga sangat menjadi sebahagian dari keluarga Wak Hussin, macam mana dengan yang lain mereka juga bangga bersama Wak Hussin..??ntahlah...

(Suasana office disebelah petang)
Selesai sahaja solat Asar Iman dikejutkan dengan berita yang amat sedih, salah seorang orang penting dalam Wak Hussin Coperation,Merangkap Pengarah "A Little Bos". Menghantar permohonan untuk berhenti kerja, tarikh surat 10 june 2011 dan dia akan berhenti 10 july 2011 kalau ikut perjanjian notis sebulan, rasa nak muntah mual dan loya perasaan Iman, menahan kesedihan, tangan dengan pantas mendail Hakimah untuk memberitahu berita yang baru diterima, sama seperti Iman perasaan Hakimah, "Dimana Kami nak cari ganti". Seorang pekerja yang rajin,amanah dan jujur dalam melakukan tanggungjawab, macam manakah suasana office tanpa orang penting ini?? Kami faham Aimi akan sambung pelajarannya, tapi kenapa hanya singkat masa kami bersama dia, Adakah adil bagi Kami..??

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Atau ada masalah lain sebenarnya..Entahlah..susah Iman dan Hakimah untuk memberi jawapan, dia seorang pekerja yang baik, Buntu fikiran Iman dan Hakimah. Seandainya ia melangkah keluar dari Wak Hussin coporation biarlah kami mendapat seorang pengganti yang baik sepertinya doa Iman dan Hakimah..Iman dan Hakimah tak akan paksa untuk bersama Wak Hussin Coporation mereka ingin lihat Aimi juga berjaya. Kepada anak-anak Wak Hussin yang lain, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kamu sendiri. Kami amat merasa bangga sekiranya kamu tetap bersama kami..keluh hati kecil Iman..

Bersambung...
Nantikan episod seterusnya dengan kehadiran ''Nicolas" klik.

No comments:

Post a Comment